Monday, April 5, 2010

perichondrial abscess


kebengkakan cuping telinga tersebut adalah disebabkan oleh pengumpulan nanah pada cuping telinga. ini disebabkan oleh tindakan menindik telinga.

rawatan yang diperlukan adalah dengan melakukan pembedahan kecil untuk mengeluarkan nanah tersebut. kemudian butang dipasang dihadapan dan di belakang untuk mendapat tekanan yang optimum bagi mengelak nanah berkumpul semula. Pesakit juga harus dimasukkan kedalam wad untuk diberikan antibiotik melalui salur darah. Butang tersebut dibiarkan selama tujuh ke sepuluh hari dan kemudian dibuka.


Rawatan awal haruslah diberikan untuk mengekalkan struktur telinga. Ini kerana nanah yang berkumpul akan mematikan tulang rawan cuping telinga tersebut.

Sunday, March 28, 2010

salam perkenalan

bismillahirrahmanirrahim.

Ini kali pertama saya menulis dalam blog ni atas tunjuk ajar suami tersayang. Bukan apa, saja nak mengisi masa. Actually, saya lebih nak bercerita tentang kerjaya saya sambil menyampaikan serba sedikit ilmu yang ada untuk tatapan umum.

Saya berkelulusan MBBS malaya dan MMED ORL HNS dari USM Kubang Krian. Alhamdulillah, kini bertugas sebagai Pakar ORL atau juga dikenali sebagai ENT (ear, nose , throat) di sebuah hospital di Melaka.

so di mana nak start..?

Topik pertama adalah telinga


TELINGA

Telinga adalah organ penting bagi manusia untuk pendengaran dan keseimbangan badan.
tau tak telinga kita ada berapa bahagian?. jawapannya ada 3 bahagian iaitu telinga luar (cuping dan corong telinga), telinga tengah (rongga yang terdapat 3 tetulang kecil), dan telinga dalam (koklea untuk pendengaran dan semicircular canal untuk keseimbangan badan).

Gegendang telinga adalah lapisan nipis yang menyambungkan telinga luar dan telinga tengah.

Struktur telinga dalam terletak didalam tulang yang paling keras ditubuh badan kita yang dipanggil tulang labirynth.

okay, itu adalah secara kasar anatomi telinga kita.

Sekarang kita start cerita masalah yang dihadapi oleh pesakit. bermula dengas kes yang paling koman sekali, iaitu telinga tersumbat.

ia boleh disebabkan
  • tahi telinga
  • bendasing seperti kapas cotton bud bg dewasa, manik, batu dan entah apa2 lagi bagi kanak2.
  • binatang masuk e.g kumbang, anak lipas, kutu babi, nyamuk, semut etc.
Tahi telinga ni paling popular le sebab ramai yang suka korek telinga dengan cotton bud. sebenarnya kalau kita korek pakai cotton bud, yang keluar sikit, yang tertolak ke dalam lebih banyak. Lama kelamaan ia akan jadi padat didalam. biasanya mereka yang telinganya telah tersumbat dek tahi telinga akan rasa kurang dengar, berdengung dan sebahagian akan merasa pening. So, adalah dinasihatkan supaya kita tidak mengorek telinga walau pakai apa pun. Tentu ramai yang tertanya-tanya, apa akan jadi dengan tahi telinga kita?. Tentu ia akan penuh dan lama kelamaan ia akan meleleh seperti yang kita nampak pada telinga sebahagian orang. Sebenarnya orang yang kelihatan tahi telinga meleleh itu, dalam corong telinganya tidak penuh seperti yang kita sangkakan. Sememang sifat kulit telinga kita, setiap tahi yang dirembeskan pergerakannya adalah keluar, so kita hanya perlu mencuci yang diluar sahaja. cukup dengan menggunakan tisu atau kain lembut dan mengelap menggunakan hujung jari.

Untuk pengetahuan semua, keburukan mengorek telinga bukan saja tahi telinga terpadat di dalam, ia juga boleh menyebabkan jangkitan pada corong telinga kita i.e Otitis externa (radang pada corong telinga), Otomycosis (jangkitan kulat) dan polyp akibat kecederaan dan jangkitan kuman.

Tak kurang juga yang datang dengan telinga berdarah dan gegendang pecah akibat tercucuk, terutama kanak2 yang bermain dgn cotton bud, org dewasa yang tertidur ketika mengorek telinga, atau kawan terlanggar sewaktu mengorek telinga.

So, secara kesimpulan, tak payah korek telinga, cukup dengan mengelap diluar dengan hujung jari sahaja.

Ok, itu saja untuk kali ini. Sekiranya dirasakan coretan ini membawa manfaat kepada anda, alhamdulillah..... sesungguhnya apa yang baik itu datangnya dari allah dan yang buruk itu adalah dari saya hambaNya yang lemah ini.

wassalam